Home / Music / Segala Perasan Single Terbaru Siti Nurhaliza

Segala Perasan Single Terbaru Siti Nurhaliza

DATO SITI NURHALIZADato’ Siti Nurhaliza Tarudin merupakan ikon seni negara yang disayangi ramai. Bakat seni dan perwatakannya membuatkan beliau menjadi idola kepada generasi muda dan semakin ramai yang berkeyakinan bahawa industri seni juga mampu menjana masa depan yang cemerlang.

Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh dan dibesarkan di Kuala Lipis,Pahang ini telah menempa pelbagai kejayaan seni yang bukan calang-calang pada usia muda. Pembabitan awal beliau dalam buana seni bermula seawal usia 6 tahun melalui lagu “Sirih Pinang” yang dipersembahkannya pada majlis penutup penggal pra-persekolahan. Beliau kemudiannya memberanikan diri menyertai acara pertandingan Nyanyian Bulan Kemerdekaan sempena Karnival Lipis pada usia 12 tahun dan bergelar juara dengan bersandarkan lagu “Bahtera Merdeka”. Meskipun bidang seni suara bukanlah arena baru bagi beliau, namun, gemerlap bintang seninya hanya benar-benar digilap dan disepuh ketika menyertai pertandingan Bintang HMI pada 1995. Sejak itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang lagi untuk menggembleng bakti dan membulat tekad memartabatkan seni negara.

Sehingga ke detik ini, anak keempat daripada tujuh adik-beradik ini telah meraih lebih 200 anugerah dari dalam dan luar negara selama  20 tahun dalam bidang seni. Beliau juga telah mempunyai lebih 20 buah album iaitu dalam konsep pop, tradisional, kerohanian, duet, album koleksi rakaman konsert serta album Inggeris. Pada Mei 2017, beliau muncul dengan album terbaru yang berjudul SimetriSiti.

Beliau juga sering terpilih untuk menyanyikan lagu tema bagi telemovie dan juga filem serta lagu-lagu bertujuan mempromosikan sesuatu produk, perkhidmatan, program atau acara.

Melalui seni suara, bukan sedikit jerih usaha dan keringat pengorbanan yang tumpah. Seluruh rentetan anugerah yang diraih oleh beliau ini tidak mungkin terakam dalam profil yang singkat. Mercu-mercu kejayaan tersebut telah melayakkan nama beliau termaktub dalam “The Malaysia Book Of Records” sebanyak dua kali. Beliau juga telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang.

Sikap rajin dan dedikasinya kepada kerjaya telah terbukti apabila beliau menjadi artis yang begitu konsisten dalam kerjaya. Album-album yang dihasilkannya mendapat kejayaan meskipun industri muzik tanah air kian merudum, lagu-lagu beliau menjadi siulan, berita dan cerita kerjaya mahupun peribadinya menjadi tumpuan ramai.

Beliau juga telah menempa kejayaan tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada tahun 2005. Konsert pertama beliau yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada tahun 1999 juga mendapat kejayaan apabila pada usia semuda 20 tahun, beliau telah dapat  menarik penonton memenuhi stadium pada satu malam.

Beliau juga telah mengadakan beberapa siri konsert solo selepas itu dan pada tahun 2004, Dato’ Siti menjelajah 13 buah negeri dengan Konsert Fantasia Tour. Beliau juga turut mengadakan konsert jelajah di Indonesia, selain muncul dalam konsert solo di Singapura dan Brunei. Setelah 20 tahun dalam industri muzik, beliau sudahpun mengadakan lebih 40 buah konsert di dalam dan di luar Malaysia.

Sehingga ke detik ini, kamus perjalanan seni penyanyi yang berusia 38 tahun ini belum pernah dipersiakan. Hampir separuh hayatnya diperuntukkan untuk kerjaya selain menceburi pelbagai temasya kemasyarakatan – antaranya pernah menjadi Duta Muhibbah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Duta Tabung Sepenuh Hati JUSCO. Beliau dan juga suaminya kini telah menubuhkan Yayasan Nurjiwa yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Selain itu, sejak awal pembabitannya dalam industri muzik, beliau juga sering dilamar menjadi duta produk dan di antaranya ialah Maybelline, Olay, Pantene, Bleu, Pepsi, Motorola Mitsubishi, Samsung dan yang terbaru, Vivo.

Beliau kini bukan sahaja bergelar artis ternama tetapi berusaha membina empayar dalam bidang perniagaan dengan penubuhan 5 buah syarikat miliknya yang diuruskan bersama keluarga iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd, Siti Nurhaliza Collections Sdn.Bhd. dan Siti Nurhaliza Marketing Sdn.Bhd. Beliau juga pernah mengeluarkan produk the sendiri yang bernama CTea. Selain itu pada tahun 2006, dua syarikat ditubuhkan iaitu Siti Sound Sdn.Bhd dan SN Mobile Digital Sdn.Bhd. Kini beliau melebarkan kerjayanya sebagai usahawan dengan memiliki jenama produk kecantikan sendiri iaitu SimplySiti yang mula dipasarkan pada Mac 2010.

Terkini beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan fesyen apabila mengeluarkan selendang kolaborasi bersama Jakel untuk Ariani X Siti Nurhaliza dan juga pakaian dengan jenama Creacion By Siti Nurhaliza,

x

Check Also

Single 1st Yunita Ababiel Berjudul Maha Cinta

Nama Yunita Ababiel mungkin sudah tidak asing di telinga para pecinta dangdut atau pengemar dangdut ...

Powered by themekiller.com anime4online.com animextoon.com apk4phone.com tengag.com moviekillers.com